Peranan Dalam Lembaga Dan Majlis
• Ahli Majlis Professor Negara
Terlibat secara langsung dalam penetapan dasar dan strategi pembangunan berkaitan dengan industri pertanian dan keterjaminan makanan, Malaysia.
• Ahli Lembaga Padi & Beras Sabah (LPBS)
Terlibat secara langsung dalam penetapan dasar dan strategi pembangunan industri padi tempatan. Selain itu beliau menyumbang pandangan berasaskan penyelidikan bagi memperkukuh keselamatan makanan di Sabah.
• Sumbangan terhadap dasar pertanian & perdagangan komoditi
Menjadi suara akademik dan lapangan dalam pembentukan dasar negeri berkaitan sektor pertanian. Beliau juga menyepadukan kepakaran akademik dengan pengalaman komuniti untuk memastikan dasar yang inklusif dan berimpak.
Blueprint Dan Polisi Negeri
Di bawah kepimpinan dan pandangan strategik Prof. Madya Dr. Bonaventure Boniface, hala tuju pembangunan pertanian Sabah digerakkan selaras dengan dasar negeri dan nasional.
• Sabah Agriculture Policy ke-3 (SAP3) 2016–2025
Menjadi panduan utama dalam memperkukuh sektor pertanian negeri melalui inovasi, teknologi moden dan kelestarian sumber.
• Blueprint Industri Rumpai Laut Nasional 2021–2030
Menandakan komitmen untuk membangunkan industri rumpai laut sebagai salah satu pemacu ekonomi biru Sabah, sekaligus meningkatkan pendapatan komuniti pesisir.
• Pendekatan Berasaskan Bukti & Kajian Empirik
Setiap langkah dan dasar yang diperjuangkan oleh Dr. Bonaventure berpaksikan penyelidikan saintifik, data lapangan dan bukti nyata  memastikan keputusan yang diambil memberi impak sebenar kepada rakyat dan komuniti tani.
Kerjasama Dan Pengiktirafan Antarabangsa
Komitmen Assoc. Prof. Dr. Bonaventure Boniface dalam memperkukuh ekosistem ilmu dan inovasi menjangkau peringkat global. Melalui pelbagai kerjasama strategik dan peranan profesional, beliau terus menghubungkan Sabah dengan dunia.
• Newton Mobility Grant
Penerima geran antarabangsa berprestij ini dalam bidang penyelidikan pertanian dan komuniti luar bandar mengiktiraf kepakaran beliau dalam memacu pembangunan mampan berasaskan bukti.
• Kerjasama dengan University of Westminster & Huawei Malaysia
Menjalin jaringan kerjasama akademik dan teknologi untuk memperkenalkan penyelesaian pintar (smart solutions) dalam sektor pertanian, inovasi digital dan pembangunan komuniti.
• Aktiviti sebagai Penilai Luar (External Examiner) & Mentor
Dikenali sebagai pakar rujuk yang dihormati, Dr. Bonaventure turut berperanan sebagai penilai luar dan mentor kepada pelajar pascasiswazah, penyelidik muda, serta usahawan tani memastikan ilmu dan pengalaman dikongsi untuk melahirkan generasi penerus yang berkualiti.
Dr. Bonaventure tidak hanya menyumbang di peringkat komuniti, tetapi juga di pentas dasar negeri dan antarabangsa. Melalui pengalaman dan hasil penyelidikannya, beliau aktif merangka blueprint pembangunan pertanian dan dasar yang relevan dengan keperluan Malaysia Timur. Kepimpinan beliau mencerminkan keberanian untuk menghubungkan alam akademik, pemerintahan dan masyarakat. Setiap dasar yang digubal didasari oleh data, supaya manfaatnya bukan sekadar wacana, tetapi mampu dirasai oleh petani dan rakyat.
